9 Mei 2014
WILAYAH PILIHAN ANDA
2:25 PTG
DestinasiSemanisMadu
Bagi melangsungkan pernikahan anda, anda boleh memilih untuk bernikah di 5 Wilayah di Thailand.
Wilayah-wilayah tersebut adalah :
- Phatthalung ( Majlis AgamaWilayah Phatthalung )
- Songkhla ( Majlis AgamaWilayah Songkhla )
- Pattani ( Majlis AgamaWilayah Pattani )
- Yala ( Majlis AgamaWilayah Yala )
- Narathiwat ( Majlis AgamaWilayah Narathiwat )
8 Mei 2014
HUBUNGI SAYA
4:11 PTG
DestinasiSemanisMadu
Sila perkenalkan diri anda, negeri mana (anda dan pasangan),
status kedua pasangan, latar belakang kes dan nombor telefon untuk dihubungi.
KHAIRUL AFFENDI
No HP : +6019-5785768
Email : destinasisemanismadu@gmail.com
...
FATWA NIKAH SIAM
4:06 PTG
DestinasiSemanisMadu
Kahwin lari Di Selatan Thailand
Soalan :
Apakah hukum ‘kahwin lari’ di Selatan Thailand?
Jawapan : Hukum
pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah
b) Pernikahan itu melebihi dua marhalah
c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu
berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin
d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf
oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana
dia ditauliahkan sebagai wali hakim.
RUJUKAN :
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52
Bertarikh 1 Julai 2002
Kenapa harus menggunakan perkhidmatan ini?
Kos yang dikenakan adalah termurah di pasaran.
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) dapat
dalam tempoh 30 minit.
Pengesahan Konsul Malaysia (Kedutaan Malaysia) di Songkhla
siap pada hari yang kedua.
Semua Jurunikah yang bertauliah dan dilantik oleh Majlis
Agama Islam di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Jabatan Agama Islam di
Malaysia.
Semua dokumen pengesahan oleh Konsul Malaysia adalah sah dan
boleh digunakan untuk mendaftar semula di Jabatan Agama Islam Malaysia.
Apakah kos yang terlibat dengan perkhidmatan ini?
Pakej lengkap termasuk:
Pengangkutan pergi dan balik dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai
dan Songkhla sehingga selesai urusan pernikahan dan pengesahan dokumen.
Bayaran Perkhidmatan Jurunikah/Kadhi dan 2 orang saksi dan
lain-lain yang berkaitan.
Bayaran Sijil Nikah, Surat Pengesahan Perkahwinan dari
Majlis Agama Islam Songkhla, fotostat dokumen dan Surat Pengesahan dari Konsul
Malaysia di Songkhla.
CD percuma gambar-gambar dan video majlis akad nikah dan
lain-lain yang berkaitan dengan pernikahan ini.
Tip-tip cara pendaftaran di Malaysia dan Urusan Mahkamah
Syariah.
Bagaimanakah proses ini dijalankan?
HARI PERTAMA:
Bertolak dari Kangar/Airport Alor Star antara jam 8.00 pagi
hingga 9.00 pagi atau lebih awal ke Bukit Kayu Hitam/Dannok. Perjalanan
mengambil masa 30 minit.
Berkumpul di Bukit Kayu Hitam/Dannok – Urusan Pengangkutan,
Pasport dan tukar wang Thailand Baht mengambil masa 10 – 20 minit.
Bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk
upacara akad nikah dan surat pengesahan perkahwinan anda. Perjalanan mengambil
masa satu jam.
Proses/Urusan pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dalam
masa 30 minit.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk
pengesahan status perkahwinan anda. Dari MAIS mengambil masa antara 15 - 20
minit.
Bertolak ke Hatyai - check in hotel dan aturcara bebas.
HARI KEDUA:
Menjemput pasangan di hotel dan terus ke pejabat
Konsulat di Songkhla untuk mengambil
surat pengesahan nikah.
Semua urusan pada hari kedua dijangka selesai sebelum jam 1
tengahari atau sebelum 5.00 petang.
Bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam.
Bagaimanakah cara saya hendak menggunakan perkhidmatan ini?
Anda boleh email atau SMS tarikh yang anda hendak berkahwin.
Kebiasaannya 2 hari sebelum pergi ke Thailand kecuali bagi kes-kes kecemasan.
Sila maklumkan nak datang dengan apa dan berapa orang semua yang hendak datang
termasuk pasangan.
Bilakah saya perlu bayar untuk pakej perkhidmatan ini?
Anda TIDAK PERLU membayar apa-apa wang Deposit. Anda
dikehendaki menjelaskan Bayaran tunai sepnuhnya setelah sampai dan berada di
Pejabat Majlis agama Islam Wilayah Songkhla.
Betulkah semua urusan tulin dan bukan sindiket?
WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN SEPENUHNYA SEKIRANYA URUSAN
TIDAK LENGKAP ATAU TERDAPAT SEBARANG PENIPUAN.
Adakah keselamatan kami dilindungi apabila berada dinegeri
Thailand?
Bagi memastikan keselamatan, penipuan dan dieksploitasi
pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab di Thailand saya sendiri akan pergi
bersama-sama mengiringi pasangan yang hendak berkahwin dari Bukit Kayu Hitam ke
Thailand sehingga kita selamat kembali ke Malaysia. BUKAN diserahkan kepada orang lain, ejen atau
pemandu teksi bagi menguruskan pernikahan ini.
Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah.
AMIN YARABAL ALAMIN!
BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI?
4:02 PTG
DestinasiSemanisMadu
Setelah anda membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand,
maka langkah seterusnya anda perlu lakukan ialah:
PERTAMA:
Tetapkan tarikh anda hendak berkahwin dan maklumkan atau
booking tarikh tersebut dengan SMS atau email. Tarikh tersebut akan direkod sehinggalah
anda membatalkannya.
KEDUA:
Sediakan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport
antarabangsa atau border pass bagi kedua pasangan.
Sediakan kad pengenalan kedua pasangan (asal)
Sediakah duit Maskahwin dan wang saku dan sebagainya.
KETIGA (HARI PERTAMA):
Berkumpul di Bukit Kayu Hitam antara jam 8.00 hingga 9.00
pagi.
Bertolak ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand
untuk akad nikah.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk
pengesahan dokumen.
Melengkap dan menyerahkan borang permohonan pengesahan
pernikahan kepada Konsulat Malaysia.
Bertolak ke hotel/tempat penginapan di Hatyai.
KEEMPAT (HARI KEDUA) :
Check out hotel dan bertolak ke Pejabat Konsulat untuk
mengambil Surat Pengesahan Pernikahan.
Selepas selesai semua urusan -- bertolak balik ke Bukit Kayu
Hitam/Malaysia
BAGAIMANA AKAD NIKAH DIJALANKAN?
3:59 PTG
DestinasiSemanisMadu
Kadi akan bertanya beberapa soalan seperti:
Status pasangan sama ada pernah berkahwin atau belum.
Asal dari Negeri mana dan tempat tinggal wali.
Wali (ayah kandung) perempuan ada atau tidak.
Sama ada wali bersetuju atau tidak.
Adakah wali hadir bersama pada hari ini.
Status lelaki - isteri yang ke berapa?
Ini perkahwinan kali berapa bagi lelaki dan perempuan.
Apa hubungan nasab (adik beradik) dengan pasangan.
Perkahwinan ini di atas dasar suka sama suka (tanpa paksaan)
Berapa mas kahwin dan pemberian (jika ada).
Melantik dan memberi izin kepada Kadi/Jurunikah:
Jurunikah minta izin perempuan beri izin kahwin dengan
pasangan.
Perempuan beri wakil wali kepada jurunikah untuk
menikahkannya dengan pasangan dengan mas kahwin sebanyak yang dipersetujui -
tunai atau hutang.
Contoh lafaz:
"Saya izin
dan saya wakil kepada Tuan Hj Shafie, Naib Kadhi Syari-i, tolong kahwin saya
dengan Encik Farid dengan maskahwin RM200 tunai."
MAJLIS IJAB KABUL/NIKAH:
Jurunikah baca Khutbah ringkas.
Ijab (akad nikah) oleh Jurunikah.
Contoh lafaz:
"Encik Farid
bin Noh,
Aku nikah akan
dikau dan aku berkahwin akan dikau akan pinangan engkau Juliza bt Adzlizan atas
jalan naib kadhi Syarie dengan mas kahwin 200 ringgit Malaysia tunai."
Qabul (jawab nikah) oleh pengantin lelaki.
Contoh lafaz:
"Aku terima
akan nikahnya Juzliza bt Adzlizan dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit
Malaysia tunai."
Bacaan doa.
Bacaan Taalik oleh suami.
(Suami telah berlafaz taalik di hadapan jurunikah dan saksi
dengan lafaznya seperti berikut)
Tandatangan dokumen nikah.
Suami menyerahkan duit mas kahwin kepada isterinya.
Upacara membatal air sembahyang dan bersalam-salaman.
Bersanding dan bergambar.
Selesai.
Pasangan dikehendaki menunggu untuk mengambil Sijil Nikah
dan Surat Pengesahan Nikah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
3:47 PTG
DestinasiSemanisMadu
PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan pasangan yang hendak berkahwin
Dokumen perjalanan yang sah (Pasport Antarabangsa atau Pas
Sempadan)
Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa agama Islam di
Malaysia (untuk pasangan perempuan yang telah bercerai)
Sijil Kematian suami bagi balu yang kematian suami.
Surat Syahadah bagi orang yang baru memeluk agama Islam.
Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang
membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.
Visa Pelancung dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara
Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan
daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancung yang memasuki Negara tidak
melebihi 15 atau 30 hari)
Duit mas kahwin untuk bakal isteri. Mas kahwin adalah dalam
matawang Ringgit Malaysia. Perlu diletakkan di hadapan Jurunikah/Kadhi dan
saksi-saksi sebelum akad nikah.
Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah.
Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai.
Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah
ini.
PASPORT / BORDER PASS:
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan
atas perbelanjaan sendiri.
Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana
pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja.
Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat
imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen
yang diperlukan untuk membuat pasport.
Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis,
Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.
Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad
pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing
(luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand
Langgan:
Catatan (Atom)