8 Mei 2014

Tagged Under:

BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI?

Share




Setelah anda membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand, maka langkah seterusnya anda perlu lakukan ialah:

PERTAMA:

Tetapkan tarikh anda hendak berkahwin dan maklumkan atau booking tarikh tersebut dengan SMS atau email. Tarikh tersebut akan direkod sehinggalah anda membatalkannya.

KEDUA:

Sediakan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport antarabangsa atau border pass bagi kedua pasangan.

Sediakan kad pengenalan kedua pasangan (asal)

Sediakah duit Maskahwin dan wang saku dan sebagainya.


KETIGA (HARI PERTAMA):

Berkumpul di Bukit Kayu Hitam antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi.

Bertolak ke Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand untuk akad nikah.

Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan dokumen.

Melengkap dan menyerahkan borang permohonan pengesahan pernikahan kepada Konsulat Malaysia.

Bertolak ke hotel/tempat penginapan di Hatyai.


KEEMPAT (HARI KEDUA) :

Check out hotel dan bertolak ke Pejabat Konsulat untuk mengambil Surat Pengesahan Pernikahan.

Selepas selesai semua urusan -- bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam/Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan